“Arrnasalam!
Turunlah… Sekarang waktu rehat, mana boleh duduk dalam kelas…”
Inilah perkara yang
sangat dibenci oleh Sharmila semenjak menjadi pengawas. Dia sering merasa sakit
hati kerana terdapat segelintir pelajar yang tidak mengendahkan kata-katanya
sebagai pengawas. Sedikit pun tidak menghormatinya.
‘Eeeee. Budak India
degil! Benci betul jaga blok ni!’ gerutu hati Sharmila.
Faizal berjalan ke
arah Sharmila. Sudah menjadi kebiasaan buat Faizal yang memegang jawatan
Penolong Ketua Pengawas untuk meronda dan memerhati pengawas yang sedang
bertugas semasa waktu rehat.
‘Alamak. Polis
peronda tu dah datang’
“Mila. Kenapa
dengan muka tu?” tanya Faizal.
“Hah? Mila ok je”.
Sharmila cuba berlagak tenang.
Faizal memandang
Sharmila. Tajam.
“Faizal jangan
pandang Mila macam tu! Ok fine. Ada budak India tak nak turun dekat kelas sana
tu!”
Faizal berjalan ke
arah kelas yang ditunjukkan oleh Sharmila. Tidak semena-mena, pelajar itu
bergerak keluar dari kelas.
‘Aik. Faizal
datang. Terus dia keluar! Padahal aku dah cakap suruh turun tadi sampai berbuih
mulut aku ni! Tapi dia buat dek je’
Faizal kembali
mendekati Sharmila.
“Mila… Kalau ada
budak macam tu, Mila jangan takut dengan dia. Mila kan tengah jalankan tugas”
“Mila dah cakap
tadi dah dengan budak tu… Tapi dia tak nak dengar!”
“Kalau macam tu,
tulis nama dia ok?”
Sharmila
mengangguk.
Faizal meneruskan
pemeriksaannya. Dia berjalan menuju ke hujung koridor tingkat 2 blok B.
‘Aik. Bau asap
rokok. Dari mana datangnya ni?’
Faizal menoleh ke
arah tandas pelajar lelaki yang terletak di bahagian kanan. Dia melihat asap
berkepul keluar dari salah sebuah bilik tandas tersebut. Tanpa membuang masa,
Faizal menyergah pelajar yang sedang merokok itu.
“Woi!! Kau ikut aku
masuk bilik disiplin sekarang!”
***
“Abdul Wahab. Saya
ni sebenarnya dah banyak kali nampak awak merokok kat luar sekolah. Ini first
time ada pengawas yang tangkap awak merokok dalam kawasan sekolah” kata Cikgu
Nazruddin.
Wahab memandang
Faizal dengan wajah sinis. ‘Faizal Firdie. Berani kau bawak aku masuk bilik
disiplin. Kau belum kenal aku siapa’
“Ini first warning!
Kalau berlaku lagi, saya tak akan teragak-agak untuk beri hukuman yang lebih
berat kepada awak! Baju tu! Masukkan dalam seluar. Jangan nak berlagak samseng.
Ini sekolah”
Wahab dengan wajah
yang masam memasukkan bajunya ke dalam seluar.
“Sudah. Awak boleh
keluar sekarang. Balik ni potong rambut! Esok saya nak tengok awak datang
sekolah dengan rambut pendek”
Wahab terus
berjalan keluar dari bilik disiplin. Begitu juga dengan Faizal. Tanpa Faizal
sedari, Wahab telah siap sedia menunggunya di tepi tangga. Faizal berjalan di
tepinya. Tiba-tiba…
AHHHHHHH!!!!
Faizal jatuh
tergolek dari atas tangga. Wahab telah menghadangkan kakinya sehingga
mengakibatkan Faizal tersandung lalu terjatuh. Faizal sempat melihat Wahab yang
sedang senyum mengejek ke arahnya.
Beberapa pelajar
yang lain datang membantu Faizal untuk bangun.
“Ya Allah.
Sakitnya”
Radzi membantu
untuk memapah Faizal.
“Weh. Kenapa boleh
jatuh? Nasib baik tak pecah muka kau”
“Tadi…”
Belum sempat Faizal
menghabiskan kata-katanya, bayang Wahab telah hilang. Mata Faizal melilau
mencari kelibat Wahab, tetapi tidak kelihatan.
***
“Zal, boleh jalan
ke kau ni?” tanya Azim sambil melihat Faizal yang berjalan terbongkok-bongkok
dan memegang pinggangnya.
“Meh aku tolong”
Azim seraya membantu Faizal berjalan dengan memapahnya.
“Pinggang aku… Macam
nak patah”
“Belum pernah aku
dengar kes budak jatuh tangga sekolah Zal… Tulah. Ada mata colour hijau tapi
tak nak guna” Azim tergelak kecil.
“Ya. Aku memang
lalai. Boleh pulak aku tak perasan mamat tu…”
“Mamat? Mamat apa
kau cakap ni?”
“Zim. Aku kena
sandung tadi”
Faizal menceritakan
apa yang berlaku kepada Azim.
“Oh. Budak Wahab
tu… Kau hati-hatilah dengan dia” nasihat Azim.
“Aku tiba-tiba
teringatkan Along…”
“Janganlah kau
fikir sampai ke situ pulak. Apa yang berlaku kat kau dulu takkan terjadi lagi
dekat sini”
Faizal cuba
menenangkan hatinya. Namun, bayangan mengenai peristiwa yang pernah menimpa
dirinya di Gombak Setia mengganggu fikirannya.
‘Ya Allah. Apa
cerita Bob sekarang?’
***
“Wahab. Aku
terpaksa tahan kau lagi. Kau datang lambat” kata Faizal kepada Wahab.
“Aku dah muak la
tengok muka kau…”
“Muak? Aku beribu
kali lagi muak. Tiap-tiap hari pelajar lambat aje mesti muka kau! Kau ingat aku
suka sangat nak tahan kau? Banyak lagi kerja yang aku kena buat”
“Berani kau kan?
Kau memang nak jatuh tangga macam hari tu ke?”
“Wahab. Kalau pasal
kes kau merokok hari tu, aku tak takut. Sebab aku tak salah. Aku jalankan tugas
aku. Kalau aku salah, biar Allah yang beri aku hukuman. Aku tak takutkan kau”
Wahab terdiam
mendengar kata-kata Faizal.
***
“Assalamualaikum”
Semua pandangan
pelajar 4 A tertumpu kepada Umizza yang berdiri di luar kelas.
“Miza!!”
Sharmila, Ng dan
beberapa pelajar lain menghampiri Umizza. Sharmila memeluk Umizza.
“Miza. Rindu dengan
Miza!” kata Sharmila.
“Yalah. I pun
rindu” Ng menambah.
“Miza! Ok tak baju
yang Mila pilih? Betul tak saiznya?”
“Betul Mila. Terima
kasih…”
Umizza tersenyum
melihat kawan-kawan yang langsung tidak melupakannya. Dan mereka tidak jijik
melihat keadaan badannya yang melecur. Umizza melihat Faizal yang tercegat
berdiri tidak jauh dari situ. Mereka saling berpandangan dan tersenyum.
“Alhamdulillah. Kau
dengar jugak nasihat aku” kata Faizal. Umizza menunduk.
“Semua yang aku
pakai hari ni… Berkat dari kau…”
“Jangan sebut Miza.
Please… Kau dah masuk sekolah hari ni pun dah cukup bagus…”
“Terima kasih
banyak-banyak Faizal. Semoga Allah selalu melindungi kau. Aku sebenarnya malu
nak datang sekolah. Kau tengoklah aku sekarang… Dah macam…”
“Jangan cakap macam
tu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya… Jangan kau perkecilkan diri kau sendiri”
Umizza tersenyum
kepada Faizal.
“Terima kasih. Aku
tak tahu bila aku dapat balas kebaikan kau”
“Tak usah. Don’t
mention. Kau sihat Miza?”
“Kalau diikutkan,
rasa sakit sangat kat tangan dan kaki yang melecur ni. Miza dah tak ada mata
kiri dan kening…”
“Ada makan ubat
tak?”
“Ada…”
“Miza banyakkan
bersabar ya. Insyaallah perlahan-lahan kesan melecur tu akan hilang sedikit
demi sedikit”
No comments:
Post a Comment