Faizal
membelek-belek rantai emas putih yang dibelinya untuk dihadiahkan kepada Mila.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa terluka jiwanya. Dia pasrahkan
segala-galanya kepada Allah. Faizal telah membuat keputusan untuk tidak
berjumpa dengan Mila. Segala apa yang dirancangnya telah hancur. Tidak mungkin
baginya untuk berterus terang tentang perasaannya kepada Mila. Apakah gunanya
lagi sedangkan dia tidak akan dapat hidup lama? Dia tidak mahu menyakiti hati
gadis itu. Gadis itu tidak bersalah. Mungkin adalah lebih baik dia dilenyapkan
sahaja dari isi perut bumi. Begitulah apa yang difikirkan oleh Faizal. ‘Mila,
maafkan aku. Maafkan aku’
“Nick…” sapa
Astrid.
“Kak…” Faizal
menoleh dan terkejut melihat Astrid sedang berdiri di belakangnya. Mereka
berpelukan melepaskan rindu.
“What you’re doing
here?” tanya Faizal pelik.
“Err… Now it’s my
holiday!”
“Hah? Supposed
you’re having exams this week right?”
Soalan cepumas itu
membuatkan Astrid sedikit gelisah. ‘How come he remember what I told him about
my exams?’
“No! My exams is
being postponed to next month”
Muka Faizal
berkerut. Tanda tidak percaya. “Weird”
“My university is
having system down now. So, they can’t conduct any examination for the time being”
“Oh…”
Astrid merasa
sedikit lega kerana tiada lagi soalan yang terpacul dari mulut Faizal. Faizal
ingin duduk namun dia mengadu sakit.
“Nick! What’s
wrong?” Astrid cemas.
“Err… I want to
sleep… Sorry sis… I’m tired”
“Yes! You need to
have some sleep now” Astrid lalu membaringkan Faizal. Dia mahupun ibunya masih
merahsiakan daripada Faizal bahawa mereka sudah pun tahu tentang keadaan
sebenar penyakit Faizal. Mereka mahu berada di sisi Faizal, menemani dan
memberi sokongan kepadanya. Dan mereka tidak mahu memberi sebarang tekanan
kepada Faizal. Doa tidak putus-putus dipanjatkan agar Faizal boleh sembuh
seperti sedia kala.
***
“Kakak! Nicky nak
tunjukkan sesuatu!” Nicky berlari riang dan naik ke atas katil abangnya yang
terbaring lesu. Suryati yang melihat kelakuan Nicky lantas masuk ke bilik
Faizal.
“Nicky! Don’t
disturb your brother!” marah Suryati.
“I just want to
show my drawing…” jawab Nicky dengan nada sedih.
“Ma… It’s okay”
Faizal memegang tangan ibunya dan tersenyum.
“Nick… You need to rest…”
“I’m fine. Trust
me. It’s okay”
Suryati akur. Dia
keluar dari bilik itu. Faizal cuba untuk duduk perlahan-lahan. Rasa sakit di
bahagian abdomennya cuba ditahan.
“Kakak! Cuba tengok
ni!” kata Nicky sambil menunjukkan lukisannya.
“Ini rumah kita…
Ada bukit. Matahari… Ada banyak burung-burung. Ini Papa. Ini Mama. Ini Kakak
Astrid. Ini Kakak Nico. Ini Nicky” Nicky menerangkan lukisannya kepada Faizal.
“It’s so beautiful.
This horse?”
“Ini kuda Nicky.
Kuda Abel”
“You should draw
Black. That’s my horse”
“Oh ya! Nanti Nicky
tambahlah! Nicky buat tajuk lukisan ini My Family!”
Faizal tersenyum
kepada adiknya. “Pandainya adik kakak…”
“Mestilah pandai!
Kakak! Kenapa kakak tidur aje? Jomlah kita main kejar-kejar” Nicky menarik
tangan abangnya.
“Sayang… Jangan
sekarang ya. Kaki kakak sakit… Nanti bila kaki kakak dah sembuh, kita main ya…”
“Kenapa kaki kakak
tak sembuh-sembuh?” Nicky menyelak kain sarung Faizal dan melihat balutan di
kaki abangnya.
“Nanti sembuhlah
sayang…”
Nicky memeluk
abangnya dan naik ke atas badan abangnya. Faizal menahan rasa sakitnya. Dia
tidak mampu untuk memegang Nicky seperti itu.
“Nicky! It’s
enough! Tidur sekarang!” Suryati memarahi Nicky sekali lagi. Bukannya dia tidak
tahu wajah Faizal yang berkerut menahan sakit.
“Nicky tak nak!”
Nicky menggeleng-geleng kepala.
“Nicky!!” Suryati
meninggikan suaranya.
“Nicky… Sayang.
Dengar cakap Mama. Pergi tidur ya. Esok kita main lagi…” pujuk Faizal.
“Tak mahu!”
“Nicky… Nicky
sayang kakak tak? Kalau Nicky sayangkan kakak, Nicky dengar cakap kakak. Pergi
tidur ya sayang…”
“Ok…”. Nicky
menurut. Dia turun dari katil dan Suryati memimpin tangannya keluar dari bilik
Faizal. Sebelum dia keluar dari bilik itu, dia menoleh ke arah abangnya lalu
menghadiahkan sebuah ‘flying kiss’. “Good night kakak! I love you”. Faizal
tersenyum “I love you too”
***
Sudah hampir dua
minggu berlalu. Namun, belum ada khabar dari pihak hospital tentang penderma
hati. Faizal masih belum mendapatkan sebarang penderma. Suryati dan Astrid
dalam diam cukup risaukan keadaan Faizal, namun Faizal pasrahkan semuanya
kepada Allah swt.
“Bro. Kau buat apa
ni? Bukannya kau patut rehat ke?” tanya Azim apabila melihat Faizal sedang
mengemas mejanya.
“Kau datang tepat
pada masanya. Aku nak bagi kau sesuatu” Faizal senyum kepada Azim lalu
mengangkat sebuah kotak yang isinya penuh dengan buku. “Ini semua buku-buku
aku. Dalam kotak ni, ada buku kisah-kisah nabi, buku biografi Rasullullah, ada
hadis-hadis berserta maksudnya… Dan buku-buku rujukan. Kau tahu kan semua buku
rujukan ni lengkap untuk SPM. Jadi, kau boleh gunakan untuk mengulang kaji dan
buat persiapan untuk SPM. Buku-buku exercise yang aku beli ni semuanya tak
banyak pun yang aku dah buat. Jadi kau sambung ya latihan-latihan tu”
“Apa maksud kau
terangkan kat aku pasal buku-buku ni?” tanya Azim pelik.
“Aku nak bagi kat
kau buku-buku ni…”
“Semua ni??”
“Yelah…”
“Apasal pulak? Ini
kan semua bahan bacaan kau. Buku rujukan ni, kan kau masih nak guna. Buat apa
bagi kat aku? Kalau aku nak pakai, aku pinjam je lah dari kau. Macam biasa”
“Mungkin aku dah
tak perlukan buku rujukan ni lagi…”
“Oh! Sebab tu ke
kau nak bagi buku-buku kau kat aku? Nak bagitahu aku sekarang yang kau dah
putus asa? Nak bagitahu aku sekarang yang kau cuma tunggu mati je?!” Azim sudah
mula meninggikan suara.
“Bukan aku putus
asa. Aku terima… Aku tak dapat penderma lagi. Mungkin aku…”
“Ah! Aku tak nak
dengar kau cakap apa-apa lagi! Kau simpan balik buku-buku ni kat almari kau!
Kau masih perlukan buku-buku ni. Kau akan duduki exam SPM dengan aku nanti”
“SPM? Jangan-jangan
akhir tahun ni pun tak sempat…”
“Tengok! Belum
masanya untuk kau berputus asa! Masih ada peluang untuk kau berubat dan
dapatkan rawatan”
“Aku dah penat… Aku
letih”
“Zal… Kau dengar
cakap aku. Kau akan study sampai degree. Lepastu, tup tup kau jadi big boss
dekat company bapak kau. Lepas tu, kau kahwin dengan Mila. Dapat anak. Bila
umur kau 70 nanti, baru kau meninggal. Itupun sebab sakit tua”
“Azim. Kenapa kau
berdegil? Kau nampak tak aku macam mana sekarang? Kau nampak tak…?”
“Zal…”
“Azim please.
Jagalah buku-buku ni. Kau pakailah. Ini semua ilmu. Aku tak nak sia-siakan
semua buku-buku ni. Dan ada satu lagi yang aku nak minta tolong dari kau”
Faizal berjalan dengan keadaan tempang lalu membuka lacinya. Mukanya tiba-tiba
berubah panik.
“Zal. Kau kenapa?
Kau cari apa?” tanya Azim kehairanan.
“Rantai tu… Mana
rantai tu?”
“Eh. Mana kau letak
bro?”
“Aku letak kat laci
ni. Aku letak kat sini!”. Faizal mula membongkar-bongkar barang-barang yang ada
di dalam lacinya.
“Weh! Cari
perlahan-lahan!”
“Kak!!!!” Faizal
menjerit memanggil kakaknya. “Kak!!!”
Astrid datang
dengan wajah terkejut. “Nick… What’s wrong?”
“Where is the
necklace…?”
“Hah?”
“I ask you! Where
is the necklace?!!” Suara Faizal begitu kuat memekik kepada kakaknya. Ini
adalah pertama kali Azim melihat Faizal marah seperti itu. Astrid kelihatan
tergagap.
“Where do you put
it…?” Astrid bertanya perlahan.
“I put it inside my
drawer. Where is it? Tell me…” Air mata Faizal sudah bergenang. Dia seakan
merayu kepada kakaknya agar tidak menyorokkan rantai itu daripadanya.
“I didn’t keep it.
I’m not even see that necklace! I swear…”
Faizal mula
membongkar lacinya satu persatu. Dia menarik dan menutup setiap laci itu dengan
kuat. Dia menghempas isi-isi barang yang ada di dalamnya.
“Zal. Weh. Kau
jangan macam ni” Azim cuba untuk menenangkan Faizal. Tidak guna jika Faizal
mencari barang dalam keadaan marah seperti itu. Gara-gara bunyi bising itu,
Suryati masuk ke bilik Faizal dan mendapati anaknya seperti sudah hilang akal.
“Nick…”
Apa yang dicarinya
masih tidak dijumpai. Dia mula beralih kepada almari bukunya. Dia menyelak
setiap buku sekolahnya satu persatu dan membaling semua buku-buku itu. Habis
bertaburan semua barang di atas lantai. Suryati dan Astrid cuba untuk
menenangkan Faizal. Mereka cuba untuk memegang tangan Faizal. “Nick… Sudah
sayang. Kamu cari apa? Cari perlahan-lahan” rayu Suryati.
“Jangan pegang!
Pergi!! Pergi!! Kamu semua keluar!”
Amukan Faizal
menyebabkan Suryati mengalirkan air mata. Tidak pernah Faizal berkelakuan
seperti itu sebelum ini. Apakah yang telah berlaku? Suryati, Astrid dan Azim
akur. Mereka keluar dari bilik Faizal. Tetapi, Suryati setia menunggu di luar
pintu bilik.
PANGGG
Kedengaran bunyi
barang pecah. Faizal telah membaling gitarnya ke dinding. Dia meraung dan
menangis teresak-esak. Dia sudah seperti orang hilang akal. Malah, cadar
katilnya juga ditarik semata-mata ingin memeriksa jika rantai itu ada di situ.
Dengan menahan rasa sakit di abdomennya dan berjalan dalam keadaan tempang,
Faizal menjerit-jerit dan mundar mandir di biliknya.
“As… Please call
Dr. Haikal… We can’t let him like that” pinta Suryati kepada Astrid. Lalu,
Suryati turut meminta bantuan Shamsul dan Wan Elham untuk menenangkan Faizal.
Dr. Haikal sampai ke rumah Faizal 20 minit kemudian. Mereka bergegas menuju ke
bilik Faizal. Alangkah terkejutnya Dr. Haikal apabila melihat keadaan Faizal
dan bilik itu yang sudah seperti tongkang pecah.
Shamsul dan Azim
memegang tangan Faizal dan cuba membaringkannya di katil. Faizal meronta-ronta
dengan kuat.
“Lepaslah!
Lepas!!!!!”
Mereka berjaya
meletakkan Faizal di atas katil. Wan membantu memegang kaki Faizal. Dengan
sekuat tenaga, Faizal telah menendang Wan tepat mengenai dadanya.
“Ya Allah Wan…”
kata Suryati dengan nada sedih.
“Takpe Ibu. Takpe…”
Wan tidak berputus
asa. Dia kembali memegang kaki Faizal. Begitu kuat Faizal meronta seolah-olah
dia lupa pada kaki kirinya yang cedera. Dr. Haikal sudah bersiap sedia untuk
memberikan suntikan sedatif kepada Faizal. Suryati duduk menghampiri Faizal dan
memegang ubun-ubun kepala anaknya itu.
“Nick… Calm down…”
“Mama! Don’t let
him inject me! Tak nak… Mama….!” raung Faizal. Air matanya berlinang dan
memohon supaya dilepaskan. Dr. Haikal dengan segera menyuntik Faizal.
“Tenanglah anakku”
Suryati juga tidak mampu menahan air matanya.
“Mama…”
Pergerakan Faizal
semakin lemah. Suaranya juga sudah tidak kedengaran. Matanya tertutup…
No comments:
Post a Comment