Di suatu petang,
Faizal mengikuti rakan-rakannya dari Yamaha School untuk mengadakan sesi
jamming di sebuah studio yang terletak di Ampang. Noisy dan Azim tidak
melepaskan peluang itu dan turut mengikuti Faizal kerana ini adalah pengalaman
pertama kali mereka melakukan sesi jamming di studio. Oleh kerana tidak berapa
mengenali rakan-rakan Faizal dari Yamaha School itu, Noisy dan Azim hanya duduk
dan menjadi pemerhati. Semasa sesi tersebut, Faizal tidak bermain gitar. Dia
malah menjadi pemain dram.
“Aku baru tahu kau
boleh main dram. Gitar boleh. Piano boleh. Dram boleh. Masak pun boleh. Semua
kau boleh. Apa yang kau tak boleh?” tanya Noisy.
Faizal tersenyum.
“Main atas katil tu yang tak boleh”.
Noisy dan Azim
menyambutnya dengan ketawa. Tiba-tiba, pintu studio dibuka oleh seseorang.
“Fairuz. Buat apa di
sini?” sapa Faizal. Noisy pula sudah ternganga melihat kecantikan gadis itu
yang hanya mengenakan seluar pendek paras lutut.
“Your mom told me
that you’re having jamming session here… Kebetulan aku lalu di sini. Would you
like to get some lunch?” ajak Fairuz.
“Err…”
“Hah! Faizal memang
belum makan lagi! Dia tengah lapar ni! Jomlah!” sergah Noisy. Dia tidak memberi
peluang kepada Faizal untuk menolak ajakan tersebut lalu menarik bahu Faizal.
Mereka pergi ke sebuah restoran mamak yang terletak tidak jauh dari lokasi
studio.
“Urm. Restoran
seperti apa ini?” tanya Fairuz dengan muka pelik.
“Restoran India
Muslim” jawab Faizal ringkas.
“Kita makan dekat
tempat lain aja… Aku tak selesa di sini…”
“No. Aku nak makan
kat sini” Faizal memberikan kata putus.
Sikap dingin Faizal
terhadap Fairuz begitu tampak ketara. Azim dapat melihat dari cara Faizal
bercakap mahu pun memandang Fairuz. Faizal tidak banyak bercakap di hadapan
Fairuz. Apabila bercakap pun, hanya sepatah dua dan Faizal seolah-olah sedang
menahan marah di dalam hatinya. Cukup pelik kerana gadis di hadapan mereka ini
cukup cantik dan lembut. Namun, kenapa Faizal seakan-akan membenci gadis itu?
***
“Hello my dear
brother” kedengaran suara Astrid di hujung talian.
“Hello sis. What’s
up?”
“I want to tell you
something. Today I went to one jewellery shop and I found out something
interesting there!”
“Ok I get it. You
want to buy that jewellery, but you afraid to tell Mom, and you called me to
ask for some money. Am I right?”
“Don’t be so
sarcastic Nicholas. I’ve found a very damn beautiful necklace. Made from white
gold. With half moon and star shape pendant! That necklace reminds me of Nicky!
Surely it will suit her a lot. But, we need to buy that necklace quick ‘cause
it’s very limited”
Faizal terus
teringatkan Mila. Dia seringkali merindukan Mila tatkala melihat bulan bersinar
di langit. Hatinya berkobar-kobar kini.
“Half moon pendant?
Wow. What is the material used for the pendant?”
“The pendant is
made of sterling silver”
“That’s sound interesting.
Can show me some pictures for the necklace?”
“I’m afraid cannot.
Of course I can’t take any pictures in the jewellery shop! Why? You want to buy
it for Nicky?”
“Err… Not for
Nicky. For someone…”
Astrid mula ketawa
kecil. “Who is that someone?”
“Someone… You know
what, it may sounds strange. But whenever I missed her, or think about her,
there will be a full moon or half moon on that particular night. Strange
right?”
“It’s not strange.
I think you love her”
“I… I don’t know
what I feel right now!”
“Ok. So, you want
that necklace or not?”
“How much is it?”
“100 pounds
sterling”
“100? So… It will
be 500 in ringgit. Ok. Please buy it for me. I will transfer you money. Don’t
tell Mom!”
“Hahaha. Ok”
Faizal seringkali
menidakkan perasaannya. Tetapi, dia sanggup membelikan rantai yang sebegitu
mahal buatan London hanya untuk seorang gadis yang baru beberapa bulan
dikenalinya. Bahkan, mereka berdua masih belum bertentang mata. Apakah itu
tidak cukup untuk meyakinkan Faizal bahawa perasaannya itu adalah cinta?
***
“Aik. Pandai pulak
kau membaca isi hati aku kan?” tanya Faizal.
“Mestilah. Aku
boleh tahu apa yang kau rasa dari muka kau. Aku boleh nampak kau macam tak suka
Fairuz tu dekat dengan kau. Kenapa agaknya tu?” kata Azim.
“Ada sesuatu dalam
diri dia yang buat aku tak suka. Aku sendiri tak dapat nak jelaskan. Cuma macam
ada sesuatu… Macam… Hati aku kata yang dia bukan seorang gadis yang baik. Bukan
dari segi seksi atau sifat manja dia. Entahlah. Macam hati aku ni suruh aku
jauh-jauh dari dia. Macam…”
“Dah berapa banyak
macam tu bro?”
“Aku tak tahu Zim.
Aku tak dapat nak explain. Tapi itulah yang aku rasa. Feeling aku tak baik
tentang dia”
***
Sekolah mengadakan
aktiviti Hari Kantin serentak dengan Hari Temu Mesra. Suasana sungguh meriah
dengan setiap kelas mengadakan jualan masing-masing. Berbagai aneka ragam
makanan dijual. Cabutan bertuah juga turut diadakan dan sebuah basikal
dijadikan sebagai hadiah utama.
Manakala para ibu
bapa berpusu-pusu datang ke sekolah untuk mengambil kad laporan pelajar.
Suryati datang bersama Nicky untuk melihat kad laporan Faizal. Semasa Suryati
menemui guru kelas Faizal, Nicky pula duduk di samping abangnya yang membuka
gerai.
“Cheesy wedges…
Cheesy wedges…” laung Faizal mempromosi gerainya.
“Hai” sapa Ika.
“Ya Cik Ika! Nak
apa? Cheesy wedges? Hot dog?”
“Boleh tak kau
belanja aku cheesy wedges? Kupon aku dah habislah…”
“Oh yeke..? Boleh.
Nah. Kau ambil cheesy wedges ni. Aku belanja kau hari ini”
“Terima kasih!” Ika
tersenyum lebar.
Azim pergi dari
situ. Cemburu hatinya melihat Ika cukup mesra dengan sahabat baiknya sendiri.
***
“Nick. Your result
is not good. No A. Only B and C” kata Suryati.
“I’m sorry Ma. I
will try my best for the next exam… I…” kata Faizal teragak-agak.
“Ok. I keep your
word. But, maybe because you started to flirt around right now, maybe it
distract your focus”
“Flirt around?”
“Nick. I know you
like that Sundanese girl. You texting her everyday”
Faizal menelan
liur. “She’s doesn’t have anything to do with my studies Ma. We’re not even
meet each other yet. Ya it’s true I’m texting her everyday. But, not more than
that. Trust me”
“Ok. I believe you.
Please try your best for the next exam. You must put education as the number
one priority”
No comments:
Post a Comment