“Nicky! Tada!”
Faizal membelikan
seekor kucing putih untuk dihadiahkan kepada adiknya. Dia merasa kasihan kerana
adiknya seringkali bermain keseorangan. Sekurang-kurangnya dengan adanya kucing
tersebut, ia dapat menjadi peneman Nicky dan mengajar Nicky erti
bertanggungjawab dalam menjaga makhluk itu.
Nicky melompat
keriangan. “Comelnya kakak….”. Dia memegang kucing tersebut dan mengusap-ngusap
bulunya.
“Kakak dah belikan
makanan kucing tu… Dengan sangkarnya sekali. Nicky kena janji dengan kakak yang
Nicky akan jaga kucing ni dengan baik. Jangan lupa berikan dia makan, mandikan
dia. Ini bebola benang. Boleh jadikan bebola benang ni sebagai mainan dia” ujar
Faizal.
“Kenapa ada
sangkar? Nicky nak kucing ni tidur dengan Nicky…”
“Ok sayang.
Mana-mana pun boleh. Kita kena ajar dia berak dekat tandas… Hah! Nicky nak bagi
kucing ni nama apa?”
“Nama…?”
“Ya. Nama. Mungkin
Nicky boleh namakan dia Comel. Ataupun Putih. Sebab bulu dia putih. Ataupun
Tom. Macam kartun tu…”
“Ariel!”
“Apa?”
“Nicky nak bagi
nama kucing ni Ariel!”
Terkejut beruk
Faizal dibuatnya. “No! Mana boleh! Nama si mangkuk hayun tu diharamkan dekat
dalam rumah ni”
“Kok gitu… Jadi
Nicky nak bagi nama UKI!”
“Uki? Boleh juga
nama tu. Tapi… Dari mana Nicky dapat nama Uki tu? Kartun ya?”
“Uki itu pemain
gitarnya Peterpan. Dia ganteng juga. Tapi Ariel lebih ganteng”
Faizal menepuk
dahi. “Nicky dah melampau tahu tak? Mana boleh bagi nama kucing sempena nama
Ariel! Luki! Tuti! Suti!”
“Kakak! Namanya
Uki. U. K. I. Uki! Bukan…”
Faizal merampas
kucing itu dari tangan Nicky. “I don’t care! Tak boleh nama tu! Biar kakak yang
pilihkan nama!”
Kucing itu terlepas
dari tangan Faizal dan berlari keluar dari rumahnya. “Eh kucing! Balik sini!!”
Kucing itu berhenti
tepat di kaki Sharmila, lalu Sharmila mengangkat kucing itu. “Eeeee comelnya.
Gebunya bulu…”
Faizal menghela
nafas lega sambil diikuti Nicky. “Ya Allah. Nasib baik Mila jumpa kucing ni…”
“Ini kucing
Faizal?” tanya Sharmila.
“Itu kucing Nicky…
Kakak… Kasi dong…” Nicky meminta kucingnya kembali. Lalu, Sharmila meletakkan
kucing itu dalam pelukan Nicky.
“Tengok. Kucing ini
lari kerana dia tak sukakan nama lain. Namanya Ariel!”
“Sabar jelah. Kalau
tahu, memang aku tak belikan kucing tu” bebel Faizal.
“Ariel? Wow nama…”
Sharmila tersenyum.
“Kau tahu siapa
Ariel tu Mila? Ariel Peterpan penyanyi tu! Adik aku ni punyalah minat dengan
penyanyi tu! Dua kali lima dengan Mila!”
“Dua kali lima
dengan Mila? Tapi Mila tak minat band tu…”
Faizal terlepas
cakap. Baru dia teringat gadis di depannya ini juga bernama ‘Mila’.
“Eh bukan. Maksud
Faizal… Err… Mila buat apa kat sini?”
“Eh eh. Zal! Dah
lupa ke? Esok majlis kahwin Kak Diba..! Lupa ke? Sedangkan khemah dipasang
depan rumah Faizal kan?”
“Eh. Alamak. Salah
lagi…”
Entah kenapa, apa
jua perkara bersangkut paut dengan Mila, Faizal pasti akan menjadi tidak
keruan, tersalah cakap dan mukanya serta merta berubah merah. Namun, dia masih
menafikan perasaan yang mula terbit itu.
****
“Nick. Aku duduk di
sebelah kamu ya” kata Fairuz sambil duduk di sebelah Faizal.
“Ok Fai. Aku pun
dah habis makan ni”
“Kamu temankan
aku…” pinta Fairuz kepada Faizal.
Majlis perkahwinan
Kak Diba berlangsung dengan sangat meriah. Majlis itu seratus peratus
dikelolakan oleh penduduk di kawasan perumahan tersebut. Semua orang bergotong
royong dalam menyiapkan makanan dan pelamin. Faizal sempat membantu menyiapkan
khemah dan menyusun barang yang diperlukan di atas meja makanan. Para tetamu
pula tidak putus-putus berkunjung ke majlis tersebut. Meja makan pula sentiasa
penuh. Kemeriahan yang sangat terasa.
“Faizal….” Sapa
Nana manja lalu duduk rapat di sebelah kiri Faizal, manakala Fairuz duduk di
sebelah kanan Faizal. Saat itu juga, Fairuz mengerling ke arah Nana.
“Zal… Sayang nak
buah? Meh Nana suapkan…” kata Nana sambil cuba menghulurkan buah tembikai ke
mulut Faizal.
“Nana, tak naklah…”
“Jom!!” Nana
menarik tangan Faizal.
“Eh nak ke mana
ni?”
Nana menarik Faizal
menuju tempat karaoke. Lalu, dia menghulurkan sebuah mikrofon kepada Faizal.
Faizal terkebil-kebil. Para tetamu yang lain mula memerhatikan mereka dan
bertepuk tangan.
“Weh! Kau kenapa
hah?” marah Faizal dengan suara yang perlahan kepada Nana.
Lagu berkumandang.
Nana sudah siap sedia untuk menyanyi. Dia mengenyit mata kepada Faizal. Semua
mata tertumpu kepada mereka berdua.
‘Apa aku nak buat
sekarang?! Argh!’
“Zal! Nyanyi bro!!”
kedengaran beberapa orang rakan menyorak. Fairuz tidak jadi untuk makan. Bagai
disiat-siat hulu hatinya melihat adegan itu. Dia ingin tahu siapakah perempuan
yang cukup berani menarik tangan Faizal itu. Manakala, Nicky bertepuk tangan
riang bersama rakan-rakan seusianya. Faizal memulakan nyanyiannya diiringi
tepuk tangan yang gemuruh.
Faizal :
Haruskah kita mencari
Pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari
Puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna
Faizal & Nana :
Di bawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian
Haruskah kita mencari suatu
Senja dalam kepedihan…
Faizal :
Haruskah kita mencari
Dalam senja begini
Kembali kita bersama
Haruskah kita mencari
Dalam simpati wangi
Kembali kita bersama
Faizal & Nana :
Membilang kenangan yang abadi
Seperti menunggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan di sebalik
Awan yang merah
***
“Hey kamu!” sapa
Fairuz kepada Nana.
“Eh! Kau yang tadi
duduk sebelah Faizal kan? Aku Nana”
“Iya. Aku tahu
siapa kamu. For your information, I’m his girlfriend. Kamu jangan dekati dia”
Nana ketawa sinis.
“Apa? Kau bermimpi di siang hari ke? Setahu aku mamat tu single okay? Tapi
sekarang, hati dia dah dimiliki. Tapi… Pemilik hatinya… Ish ish ish. Bukan
kaulah”
“Kamu bilang apa??”
Fairuz mula naik angin.
“Tak kuasa aku nak
cakap dengan orang macam kau… Perasan lebih”
Nana yang cuba
berjalan pergi ditarik tangannya oleh Fairuz.
“Hey! Kau kenapa
hah?! Kau nak gaduh dengan aku ke?!”
“Cuma aku yang bisa
rapat dengan dia! Aku yang terlebih dahulu mengenali dia dari kamu!”
“Dahlah! Kau gila
ke apa? Kalau dia sukakan kau, apasal dia buat tak tahu je dengan kau? Stop
dreaming. Weh. Aku tahulah macam mana perangai perempuan macam kau ni. Perempuan
yang suka kejar lelaki kaya” Nana tersengih lalu berjalan meninggalkan Fairuz.
Fairuz mendengus
geram. ‘Betulkah hati Nick sudah dimiliki?’
****
Tit tit tit
Telefon bimbit
Faizal berbunyi.
‘Zal, nama dia Mila
xxxx. Parents asal Indo. Sunda. Anak kedua. Dua beradik’
‘Aik. Nama dia
amboi. Lagi canggih dari nama aku. Mila… Mila parappapapa…. Dah boleh buat lagu McDonald dah… Bagus
informer aku ni… Oh Mila. Kau tengah buat apa sekarang? Rindu pulak’
Dia membuka kamera
digitalnya lalu melihat foto-foto Mila yang diambilnya semasa di pasar malam.
Faizal tersenyum.
‘Wajah kau
menenangkan hati’
No comments:
Post a Comment