CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 31

Faizal, Azim, Noisy dan Awie kini berada di McDonald’s Ampang Park.

“Macam mana? Ada perkembangan?” tanya Faizal.

“Ok Zal. Kitorang dah dapat tapak. Dah tanya dah dengan AJK kampung. Bukan main susah nak cari AJK kampung tu… Tapi alhamdulillah syukur nikmat, akhirnya kita dapat dua tapak kosong kat dua tempat. Hari Jumaat, kita dapat tapak dekat Taman Melawati. Kawasan situ boleh tahan ramai orang Zal. Hari sabtu pulak, kat Pantai Dalam. Dua-dua tempat ni crowded” terang Noisy.

       Faizal mengangguk faham tatkala mendengar penerangan Noisy. Faizal merancang untuk membuka kedai menjual air di pasar malam. Dia mengajak rakan-rakannya untuk turut serta namun hanya Awie dan Noisy yang menunjukkan minat. Rakan-rakannya yang lain memberi alasan bahawa mereka tidak yakin untuk berniaga. Sebab yang pertama, mereka semua masih budak sekolah. Sebab yang kedua, Faizal bersiap sedia untuk mengeluarkan seratus peratus modal permulaan. Rakan-rakan yang lain merasa tidak selesa mendengar tentang idea modal tersebut.

“Dua-dua tempat tu jauh dari rumah kita. Aku expect kita dapat kat Cheras atau Gombak punya kawasan” kata Azim.

“Kitorang dah tanya. Tapi, takdelah Azim…” jawab Awie.

“Ok. Macam ni. Lepas dengar tentang kawasan tapak ni, Awie dengan Noi, korang masih nak teruskan tak rancangan ni? Aku tak kisah tentang kawasan berniaga. Aku cuma nak tahu sama ada korang serius untuk buat benda ni atau tidak. Aku serius. Aku tak main-main” kata Faizal.

“Aku serius bro. Memang aku nak sangatlah berniaga tapi itu angan-angan masa depanlah. Tak sangka pulak sekarang kawan aku ajak berniaga. Takkanlah aku nak lepaskan peluang ni” jawab Awie.

“Ok. Aku dah dengar jawapan Awie. Kau pulak Noi? Macam mana?” tanya Faizal kepada Noisy.

“Eh. Aku dah confirm-confirm la nak teruskan!”

“Boleh aku tahu kenapa? Sebab kalau kau nak cari duit, kau sendiri anak orang berkemampuan”

“Zal, janganlah pandang aku sebelah mata. Kau sendiri pernah cakap, selain benda ni dapat mengajar kita selok belok berniaga, mengisi masa kita dengan benda berfaedah, dapat duit lagi! Dan kita dapat salurkan pada kawan-kawan kita yang kesusahan. Sekarang ni, Umizza perlukan kita” terang Noisy.

“Bukan aku pandang sebelah mata. Aku cuma nak tahu berapa besar komitmen korang. I need you guys to commit 100% on this matter”

“Tu dia! Dah keluaq bahasa omputih tu! Aku tahu kau risau sebab kau yang keluar modal…”

“Aku takut nanti korang berhenti separuh jalan! Aku paling tak suka orang hangat-hangat tahi ayam”

Noisy dan Awie saling berpandangan.

“Aku akan buktikan kat kau yang aku bukan hangat-hangat tahi ayam. Kita akan buat benda ni sampai berjaya!” kata Awie sambil menumbuk meja tanda geram.

“Kalau macam tu, marilah kita bersiap beli barang-barang”

“Tapi bro. Kau tak rasa ke yang kita kena cari lagi seorang member untuk join? Aku rasa setakat aku, kau dengan Awie tak cukuplah. Azim pulak mestilah kerja dengan bapak dia” kata Noisy.

“Betul tu Zal. At least kena ada lagi seorang member. Korang berniaga hari Jumaat dengan Sabtu kan? Contoh kalau Awie tak boleh datang, sekurang-kurangnya adalah backup…” Azim menambah.

“Itulah. Betul cakap kau tu. Tapi… Siapa lagi seorang tu..?” Faizal menghela nafas. ‘Bukan senang nak laksanakan semua ni’

         Tanpa membuang masa, mereka berempat memulakan pelaksanaan misi mereka. Mereka mencari peralatan dan barang-barang yang diperlukan untuk berniaga. Antara peralatan yang dibeli ialah meja lipat, payung segi empat, kerusi, lampu, balang-balang air, gula, gelas-gelas plastik, plastik dan perisa. Modal permulaan yang harus dikeluarkan oleh Faizal tidak kurang dari RM1,000. Peralatan tersebut diletakkan di rumah Noisy.

“Semua benda dah ada. Tinggal air je” kata Noisy.

“Kita dah bersiap sedia untuk berperang!!” seloroh Awie.

“Zal… Untuk kos sewa van, biar aku yang cover ok bro?” kata Noisy.

Faizal tersenyum dan mengangguk. “Ok! Minggu depan kita mula! Let’s do it!”

***

“Nicky… Sayang… Kenapa diasingkan sayur-sayur tu…? Makanlah carrot dengan kacang peas tu. Badan sihat tau kalau makan sayur”. Faizal memujuk adiknya untuk makan sayur-sayuran yang terdapat pada nasi goreng yang dimasak olehnya.

“Nicky tak mahu… Tak sedap…” Nicky menggeleng laju.

“Kakak… Nicky tak mahu kawan dengan kakak Jaja lagi… Kakak jangan bagi dia masuk rumah kita lagi…” kata Nicky.

“Kenapa cakap macam tu? Apa kak Jaja dah buat? Tak baik Nicky cakap macam tu…”

“Dia sudah tak tepati janji. Dia janji sama Nicky akan berikan Nicky majalah yang ada gambar-gambar Peterpan. Tapi, dia beri kepada temannya”

“Hah? Pasal majalah pun Nicky sampai cakap macam tu dekat kak Jaja. Tak baik sungguh. Takpe. Nanti kakak tanyakan dekat dia”

“Selagi Nicky tak dapat gambar itu, Nicky tak mahu kawan dengan kak Jaja!”

“Astaghfirullahalazim budak ni…”

***

“Alamak abang ni! Orang dah kasi kat kawan…”

“Jaja… Kan Nicky nak keratan majalah yang ada gambar Peterpan tu… Kenapa kasi kat kawan…?”

“Jaja tak terfikir pulak Nicky nak sesangat dengan benda tu. So, Jaja dah kasi kat kawan. Dia pun minat Peterpan jugak. Dia cakap dengan Jaja, kau bagi aku jelah benda tu. So, Jaja kasilah”

“Hish. Sekarang Nicky dah merajuk pasal benda kecik macam ni”

“Apa kata, abang belikan jelah dia majalah tu? Apa susah sangat?!”

“Abang tak nak belikan dia majalah tu. Kang dah beli satu, terus dia mintak lagi dan lagi. Hish tak bolehlah. Bukannya majalah tu boleh mendidik pun”

“Hah! Apa kata abang try cakap dengan kawan Jaja tu? Abang cakaplah dengan dia yang adik abang nak sangat dengan gambar-gambar Peterpan tu. Dia boleh bagi balik punya”

“Kawan Jaja tu siapa?”

“Ala… Satu kelas. Nama dia Mila”

“Mila?”

“Mila je. Tak ada Shar Shar macam kak Sharmila tu… Abang nak nombor dia?”

‘Hai. Aku Faizal. Jaja ada bagi kau gambar Peterpan kan? Dari majalah… Adik aku nak gambar Peterpan tu. Boleh tak kau pulangkan kat Jaja?’

           Satu SMS dikirim oleh Faizal kepada gadis bernama Mila yang merupakan rakan sekelas Jaja. Faizal sudah menganggap Jaja seperti adiknya sendiri. Jaja kini berada di Tingkatan Satu dan tinggal di Segambut. Setiap hujung minggu, Jaja pasti berada di Gombak untuk mengunjungi datuknya yang merupakan ketua komuniti di kawasan perumahan tersebut. Namun, Faizal sama sekali tidak menyangka gadis bernama Mila itu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya.










No comments:

Post a Comment