CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 30

“Hoi Zal!”

“Wan E! Lama tak jumpa!”

Wan Elham duduk di sebelah Faizal.

“Lama tak jumpa. Padahal satu sekolah. Rumah aku dengan kau bukannya jauh. Pelik pulak aku” kata Wan Elham sambil ketawa kecil.

“Betullah. Lama tak lepak kedai mamak dengan kau. Kat sekolah pun jarang terserempak”

“Aku ada je. Kau tu hah, busy jadi YB sekarang”

“YB? YB tu apa?”

“YB tu maksudnya Yang Berbahagia. Gelaran untuk Dato Dato… Untuk orang pangkat besar”

“Jadi… Apa kena mengena aku dengan YB?”

“Maksudnya… Zal… Kau ni lambat pick up jugak ya?”

Faizal menggaru-garu kepalanya. Wan Elham hanya ketawa.

“Dahlah Zal. Kau jangan fikir. Makin kau fikir, kau akan jadi bertambah blur. Bila kau bertambah blur, otak kau akan running sangat slow. Bila dah slow, nanti kau jammed. Bila dah jammed, terus OFF”

Faizal memandang Wan Elham tajam. “Yang tu aku faham. Kau ejek aku ke?”

Wan Elham menyambutnya dengan ketawa. “Eh. Oh budak-budak netball tak lama lagi ada pertandingan. Kau tengok sini nak cuci mata tengok budak-budak netball ke?”

“Hoi mana ada! Astaghfirullahalazim. Hish!”

Wan Elham masih ketawa. Seronok pula dia mengusik Faizal yang terkadang lambat faham bahasa pasar Melayu.

Faizal menoleh melihat Wan Elham. Dia hairan melihat Wan Elham begitu khusyuk menonton pelajar-pelajar perempuan yang bermain bola jaring.

‘Aik. Dia cakap aku cuci mata. Tapi dia yang…’ gerutu hati Faizal.

Faizal meneliti pandangan Wan Elham sekali lagi. Faizal mula merasa yang pandangan Wan Elham tertumpu kepada seseorang.

***

“Merepeklah kau Zal!” kata Azim.

“Betullah Zim. Aku rasa kan bro Wan E suka kat…”

Azim ketawa kecil.

“Maksud kau, Sharmila?”

Faizal mengangguk.

“Tak mungkinlah Zal. Kau pun tahu kan, Wan E paling menyampah dengan Mila. Kau salah tengok tu…”

“Urm. Mungkin betul jugak cakap kau tu Zim… Mungkin aku yang salah pandang”

***

          Faizal, Azim dan beberapa rakan sedang leka bermain sepak takraw di sebuah kawasan lapang berdekatan dengan rumah mereka. Tiba-tiba, sebuah kereta Toyota Harrier berwarna putih masuk ke kawasan kejiranan tersebut. Semua mata tertumpu kepada kereta tersebut yang kelihatannya cukup mewah.

“Zal! Ada orang baru beli kereta la! Kau tengok nombor plat dia yang tergantung tu!” kata Azim.

“Ha’ah la. Mesti bapak Lakleng punya ni. Ish ish. Nampak mahal tu” jawab Faizal.

         Faizal sama sekali tidak menyangka bahawa kereta Toyota tersebut adalah miliknya. Suryati secara senyap telah membeli kereta tersebut untuk dihadiahkan kepada Faizal. Kereta Toyota itu berhenti tepat di hadapan Faizal dan rakan-rakannya. Lalu, ejen kereta tersebut keluar dari kereta.

“Assalamualaikum. Boleh tumpang tanya. Rumah Puan Suryati Aldwin yang mana satu ya?” tanya ejen kereta tersebut.

Rakan-rakan Faizal kini mula memandangnya.

“Err… Saya Faizal. Itu mak saya…”

“Oh! Awaklah Faizal! Mak awak ada? Tadi saya baru call mak awak. Katanya dia ada di rumah, jadi saya boleh hantar kereta hari ni”

“Hah…? Hantar kereta…? Jadi kereta ni…”

“Hai Johari! Finally! Dapat juga kamu cari rumah saya!” Suryati keluar dari rumahnya dan menyapa Johari.

“Puan! Saya sebenarnya sesat tadi. Kat sini banyak nama pinggiran ya. Pinggiran 1. Pinggiran 2. Pinggiran 3. Pening juga saya”

“Tak apalah. Yang penting kamu dah sampai. Mari kita bincang di dalam rumah saya”

“Baik puan. Tapi kereta ni… Saya nak parking di mana puan?”

“Oh. Johari, berikan kunci kepada anak saya. This is my son, Faizal. Biar dia yang parkir kereta ini”

“Saya dah kenal dengan dia tadi. Nah ambil kunci ini” Johari lantas memberikan kunci tersebut kepada Faizal. Faizal memandang ibunya mohon penjelasan. Sungguh dia tidak mengetahui apa-apa tentang hal tersebut!

“Nick. Your new car”. Suryati mengenyitkan matanya kepada Faizal dan masuk ke dalam rumah diikuti oleh Johari.

Faizal masih terkebil-kebil.

“Ooo… Beli kereta tak habaq mai kat aku…” kata Azim sambil bercekak pinggang.

“Zim… Aku mimpi ke? Kau cubit aku sikit…”

Azim menampar pipi Faizal.

“Adoi!! Aku suruh cubit, bukan tampar!”

“Kereta siapa ni?” Lakleng menghampiri mereka.

“Kereta Encik Pejal Pordey. Apa kata kau bagitahu Along? Biar dia panas sikit” jawab Azim. Faizal menyiku Azim kerana keterlanjuran kata-katanya.

“Eh, apa lagi?! Jomlah kita jalan-jalan!” Azim menyeret Faizal supaya masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Lakleng yang sedikit tercengang.

“Start the engine bro!!” arah Azim mengalahkan tuan punya kereta.

Faizal mula memandu keretanya keluar dari kawasan kejiranan tersebut. Dia memandu menghala ke Batu Caves.

“Wohooooo!!!” Azim menjerit riang. Faizal hanya ketawa.

“Kita nak pergi mana ni? Kau dengan aku pakai seluar pendek je ni!” tanya Azim.

“Mana ada nak pergi mana-mana. Aku test drive je. Nak patah balik ni”

“Zal! Mewah gila kereta ni! Colour putih! Your favourite colour man!! Smart gila!” Azim masih teruja sambil matanya melilau melihat keadaan di dalam kereta itu.

“Apa kata kau buat nombor plat? Kau letak RNF 1111?”

“Tak mahulah. Mahal kan? Buat membazir je”

“Hish. Tak nak pulak… Zal! Malam ni pergi 1 Utama jom?! Jalan-jalan brader….”

Faizal hanya menggeleng-geleng kepala melihat telatah Azim. Dia yang memiliki kereta baru, tetapi Azim pula yang terlebih teruja.

***

“What?! You have fully settled the payment for the car? Cash??!” Faizal terkejut.

“Yes. Why?” Suryati tenang menjawab sambil membaca majalah.

‘Mak aku ni. Tak ada hati dan perasaan. Dia baru lepas beli kereta dengan wang tunai. Tapi dia rileks je’

“Ma, how much is the car?”

“Two hundred thousand ringgit Malaysia”

“Two hundred what?!! You’re must be kidding me!!” Faizal terkejut badak. Seakan-akan tidak mempercayai apa yang baru sahaja didengarnya.

“Mommy bilang dua ratus ribu. Do you understand English or not?” Nicky mencelah sambil mengejek abangnya.

“Nicky. No…” Suryati memberi amaran kepada Nicky supaya tidak menyampuk perbualannya.

“Why you’re so panic?”

“How come I’m not panic? That car is so expensive Ma!”

“Of course it’s very expensive. It’s a brand new model. Look at the car body! Very solid. You know what, the car is the latest and haven’t been registered yet. At first, I want to buy Estima. But I’m thinking… It’s not fit with you. You need a car that is very sporty. Simple but elegant”

Faizal memicit-micit kepalanya. Pening mendengarkan penjelasan ibunya.

“But… It’s two hundred thousand ringgit Ma! Two hundred thousand! Two hundred thousand!!”

“Yeah I know two hundred thousand. You don’t have to mention it again and again. You’re annoying me”

“We already have one car. Me also just bought a motorcycle this year. And it is paid by cash also. Now… New car again. Don’t you think it’s quite too much?”

“I’ve bought it for you and your sisters. Astrid knew about this. She agreed with me”

“Why you discussed with her? Of course she agreed. She likes branded stuff…”

“Nick. I’ve bought this using the money that your father left us… In your Australia account…”

“What? Australia account? Do I have money in Australia?”

“Yes, you are…”

“Adoi atotot pening aku!!”

“Yeay! Ada mobil baru!” Nicky menjerit keriangan.

“Apa mobil baru?! Kakak juga yang kena basuh nanti. Dulu 1 kereta. Sekarang? 1 motor! 2 kereta! Alamak…”

Suryati tersenyum melihat telatah anaknya.












No comments:

Post a Comment