“Nick! Wake up
Nick! It’s already 6.15am…”
Suryati memanggil nama Faizal dari
bawah tangga. Dia merasa hairan kerana Faizal masih belum bersiap untuk ke
sekolah sedangkan dia perlu bersiap awal setiap hari memandangkan jarak rumah
ke sekolah yang sangat jauh. Namun, bayang Faizal masih belum kelihatan. Malah,
Faizal langsung tidak menyahut panggilan ibunya.
6.35 am
TOK TOK TOK
Pintu dikuak.
“Azim…”
Kelihatan Azim
berdiri di hadapan pintu rumah Faizal.
“Ibu. Selamat pagi
Ibu. Faizal mana? Kami dah lambat ni”
“Sekejap Ibu
tengokkan dia ya…”
Suryati lantas
pergi ke bilik tidur Faizal untuk menjenguk anaknya. Pelik juga rasa hatinya.
‘Takkanlah tak siap lagi budak seorang ni?’
Tatkala Suryati
sampai di bilik Faizal…
“Ya Allah! Why
you’re still sleeping?! Nicholas Firdie!!”
Senyap. Faizal
tidak menjawab.
“Nick… What’s wrong
with you sayang?”
Suryati melihat Faizal terbaring dalam
keadaan menggigil dan seluruh badannya berpeluh. Dia meletakkan telapak
tangannya di dahi Faizal. ‘Panas!’. Lalu, Suryati pantas menemui Azim.
“Azim. Faizal demam
panas. Dia tak bisa bangun”
“Hah? Aik? Balik
kem pengawas terus demam? Ok Ibu. Azim pergi dulu”
Azim meminta izin
dari Suryati dan berlalu pergi.
Di sekolah…
“Hah?! Faizal
demam? Teruk ke demam dia?” Sharmila bertanya dengan nada panik.
“Ha’ah Zim.
Kesiannya dia kan. Mesti dia penat gara-gara kem pengawas. Kau ada tengok dia
tak?” Puteri menambah.
“Woi! Dia demam aje
pun! Bukannya sakit jantung ke. Bukannya sakit nak mati ke. Yang korang bukan
main menggelabah ni kenapa?! Demam tu normal la. Lebih-lebih lagi badan dia
lemah. Dia kan sakit. Esok lusa ok la tu” Azim menerangkan panjang lebar.
“Hish mulut kau!
Jagalah sikit. Janganlah doakan dia sakit nak mati. Kesian dia. Kau kan kawan
dia! Sepatutnya kau doakan la dia sembuh” Puteri merasa sakit hati dengan
jawapan Azim.
“Betul tu Zim. Kau
ni teruklah…” Sharmila menambah.
“Yelah. Akulah yang
teruk. Ini semua korang punya pasal la! Asal Faizal tak datang sehari je,
korang punya gelabah kan… Hish tak tahulah aku. Macam dia laki korang je. Macamlah
dia seorang je yang demam kat SMK Cheras Jaya ni…” Azim masih muncung.
“Zim. Kesian dia
tau. Dulu dia tak datang pun, terus aku nampak dia stay kat sekolah dan salin
semua subjek yang dia dah tertinggal. Urm. Harap-haraplah dia cepat sihat…”
“Dahlah kau Puteri.
Kau over je. Ala. Kalau kau nak tahu keadaan dia, nanti kau cubalah call dia.
Apa susahnya”. Azim memberi cadangan kepada Puteri.
“Iya tak iyalah. Malam
nanti aku call dia” Puteri seraya tersenyum. Azim hanya menggeleng-geleng
kepala.
‘Puteri ada nombor
telefon dia? Macam mana Puteri boleh dapat nombor dia?’ Sharmila berkecil hati.
***
“You need to eat
something. If you don’t eat, how you want to take your medicine…?” Suryati
berkata kepada Faizal yang terbaring lesu.
“I don’t feel like
eating…” Faizal enggan. Suryati cuba membangunkan Faizal supaya dia menjamah
sedikit makanan.
“You must!”
Meskipun tekaknya terasa pahit, Faizal
paksakan juga untuk menelan bubur nasi yang dihidangkan oleh ibunya. Dia sendiri
terasa sangat lapar kerana sudah seharian tidak makan. Pulang sahaja dari kem
pengawas di Pasir Panjang, Port Dickson, Faizal mula pening-pening lalat. Mana tidaknya,
kem pengawas tersebut benar-benar menguji ketahanan fizikal Faizal.
KRING KRING KRING…
Telefon bimbit
Faizal berbunyi. Dia membiarkan sahaja.
Tit tit tit tit
Bunyi khidmat
pesanan ringkas diterima.
‘Hish siapa tu? Ah
biarkanlah’
***
“Azim!!!!” Puteri
berlari ke arah Azim tatkala melihat Azim sedang memarkir motorsikalnya.
“Ada apa ni? Pagi-pagi
dah jerit-jerit nama aku”
“Zim!! Faizal tak
jawab call aku. Dia tak balas mesej aku!”Puteri menyatakan rasa tidak puas
hatinya.
“Dah tu? Apa kena
mengena dengan aku?”
“Azim! Kau ni! Dia sakit
teruk ke? Hari ni dia tak datang lagi ke?”
“Ha’ah. Masih tak
datang. Tapi dia dah boleh bangun”
“Kalau dah boleh
bangun, kenapa dia tak balas mesej aku ya?”
“Puteri Liyana. Meh
aku bagitahu kau satu fakta tentang si Faizal Firdie tu. Dia tu adalah orang
paling malas nak tengok handphone! Call pun selalu tak berangkat. Apatah lagi
mesej. Kau mesej sekarang. Lagi 5 jam kemudian baru dia reply. Dia memang macam
tu. Aku ni kalau nak cakap dengan dia, aku tak call dia dah! Aku terus serang
rumah dia! Kalau kau ada hal penting sangat nak cakap dengan dia, cuba kau call
rumah dia. Confirm dapat. Kalau kau nak, aku boleh bagi nombor telefon rumah
dia”
“Hah? Takkanlah aku
nak call rumah dia. Nanti mak dia jawab, apa pulak mak dia fikir? Malulah aku…”
“Kan aku dah cakap.
Call untuk benda-benda penting je. Selain daripada tu, kau tunggulah sampai dia
muncul kat sekolah”
***
“Hai Faizal…”
“Mila… Buat apa kat
sini?”
“Oh. Faizal, Mila
datang bawa kek coklat. Cubalah rasa. Itupun kalau Faizal betul-betul dah
sihat. Selalunya tekak orang demam ni pahit”
“Hish Mila ni. Susah-susah
je. Terima kasih banyak-banyak la ya”
Faizal memberikan senyuman kepada
Sharmila. Sharmila memberanikan diri untuk mengunjungi Faizal di rumahnya. Memandangkan
dia cukup berkecil hati apabila Puteri mendapat nombor telefon Faizal,
sedangkan dia tidak. Apabila hari ini dia dapat menemui Faizal, gembira rasa
hatinya.
“Urm. Faizal rasalah
kek tu. Mila buat sendiri. Eh. Mila tolong Mama buat”
“Oh yeke. Ok…
Faizal rasa ya…”
Faizal seraya
mencuba kek coklat yang dibawa oleh Sharmila.
“Hmm… Sedaplah”
“Betul sedap?”
Sharmila merasa riang.
“Betul… Mila ni
dahlah baik, cantik. Boleh buat kek pulak tu. Beruntung pakwe Mila kan…”
Hati Sharmila
berbunga mendengarkan pujian dari Faizal.
‘Alangkah bagusnya
kalau Faizal jadi pakwe Mila…’ getus hati kecilnya.
“Esok Faizal datang
sekolah tak? Faizal dah sihat?”
“Insyaallah Faizal
datang. Alhamdulillah dah sihat ni. Penat gara-gara kem pengawas”
“Oh yeke… Aktiviti
apa yang Faizal buat masa kem tu?”
“Banyak. Tapi,
memang letih tak terkata. Fasilitator tu garanglah pulak. Gara-gara kami
lambat, dia denda kami. Disuruh berendam dekat air laut. Pukul 10 malam pulak
tu. Didenda lagi. Disuruh pulak lompat bintang tanpa henti. Sepanjang masa la
kena denda. Kena marah. Kena maki hamun. Penat mental dan fizikal”
Sharmila ketawa
kecil.
“Eeeee teruknya…
Nasib baik Mila bukan pengawas…”
“Terima kasih tau kek ni. Rajin-rajinlah
hantar kek kat Faizal” Faizal turut ketawa.
“Ok bos!”
Faizal tidak
menyedari akan hati-hati gadis yang menyukainya. Betapa gadis-gadis itu
merebutkan perhatian darinya. Mengharapkan Faizal menjadi buah hati mereka. Namun,
bukanlah semudah itu untuk mendapatkan ‘hati’ Faizal Firdie…
BERSAMBUNG…
No comments:
Post a Comment