“Faizal minta maaf.
Semua yang berlaku ni adalah salah Faizal. Mungkin kalau malam tu Faizal tak
ajak Nadiya untuk sambut hari jadi adik Faizal kat rumah, mesti perkara ni tak
akan terjadi. Faizal yang bersalah. Faizal penyebab semua ni. Faizal tak tahu
macam mana nak tebus dosa Faizal…”
Air mata Faizal berlinang di pipi. Dia datang
ke rumah Nadiya untuk bertemu ibu Nadiya dan Safri. Dia ingin meminta maaf atas
kemalangan yang telah terjadi. Sungguh Faizal merasa bersalah. Dia tidak pernah
menyangka perkara malang seperti itu akan terjadi. Kalau diikutkan, jarak rumah
Faizal dan rumah Nadiya tidaklah jauh. Entah kenapa, malang menimpa dirinya.
“Kenapa kamu cakap
macam ni? Semua ni bukan salah kamu” ibu Nadiya cuba menenangkan Faizal.
“Faizal yang salah
mak cik. Faizal yang memandu. Sepatutnya… Faizal yang patut mati…”
“Astaghfirullahalazim.
Kenapa kamu cakap macam ni nak? Mak cik tak pernah fikir macam tu. Mak cik
redha akan apa yang berlaku. Sudah sampai ajal Nadiya…”
“Mak cik dan Saf
report la Faizal kat polis. Sebab Faizal dah bunuh anak mak cik… Faizal rela
dipenjarakan… Lagipun Faizal tak ada lesen. Budak bawah umur… Sepatutnya budak
sekolah macam Faizal tak bawak kereta di jalan raya…” ”
“Zal… Malam
kemalangan tu, kereta kau dilanggar oleh lelaki India mabuk. Aku dan mak aku
tak pernah menyalahkan kau. Tak ada sesiapa yang harus disalahkan. Dahlah Zal…”
Safri menyambung.
“Janganlah kamu
seksa diri kamu nak… Kamu masih muda. Semua ni adalah suratan takdir. Kita mesti
percaya pada qada dan qadar Allah…”
“Kenapa mak cik dan
Saf begitu baik pada Faizal? Faizal tak sepatutnya dilayan begini. Faizal betul-betul
bersedia untuk bertanggungjawab akan dosa Faizal… Faizal… Bukan budak baik…”
“Faizal. Mak cik
dah lama kenal kamu. Mak cik tahu kamu seorang budak lelaki yang baik. Setiap kali
kamu membawa Nadiya keluar, kamu akan minta izin dari mak cik. Bahkan, kalau
kamu hanya mahu bercakap dengan dia di taman, kamu akan beritahu mak cik dulu. Mak
cik dah boleh nampak keikhlasan kamu. Faizal… Dengarlah cakap mak cik ni. Mak cik
dah anggap kamu macam anak mak cik sendiri. Apa yang berlaku bukanlah kehendak
kita semua. Tiada ibu yang sanggup kehilangan anaknya. Tapi, kita harus redha… Kamu
masih muda Faizal. Hidup kamu masih panjang. Yang pergi tetap pergi”
‘Yang pergi tetap
pergi. Nad… Kau tahu tak apa yang aku rasa sekarang?
Aku rasa seperti
tak mahu hidup lagi.
Aku rasa macam nak
ikut kau.
Kenapa terlalu
cepat kau pergi tinggalkan aku?
Rasanya masih belum
puas aku menatap wajah kau.
Nad…
Macam mana aku mahu
teruskan hidup ini?
Setiap malam, aku akan
termimpikan kemalangan malam itu.
Aku akan terjaga
dan menyebut nama kau.
Setiap pagi, aku
akan tengok telefon.
Aku akan renung
mesej-mesej selamat pagi dari kau.
Setiap petang, aku
akan terkenang kita luangkan masa bersama.
Sekarang, semua itu
hilang sekelip mata.
Bahkan jika ada
lagu yang berkumandang di radio, fikiran aku akan menerawang.
Aku selalu
teringatkan kau.
Aku sangat merindukan
kau.
Jiwa aku perit.
Kerana akulah yang
memandu malam itu.
Kenapa tidak aku? Kenapa
harus engkau?
Pulanglah Nad…’
***
“Nad… Esok Izal dah
masuk sekolah balik…”
Untuk kesekian kalinya, Faizal
menziarahi kubur Nadiya. Dia tidak putus-putus menziarahi kubur Nadiya dan
membacakan surah Yasin serta Al-Fatihah untuknya. Faizal sering menyuarakan
rasa hatinya sewaktu berada di kubur. Seolah-olah dia sedang bercerita kepada
Nadiya… Dan Nadiya sedang mendengarnya…
Berat mata memandang, berat lagi bahu
yang memikul. Azim mengerti akan kesedihan yang ditanggung oleh Faizal. Sungguhpun
begitu, dia kagum. Kagum dengan kesabaran yang dimiliki oleh sahabatnya itu. Faizal
tidak melenting, malah sering menghabiskan masanya membaca Al-Quran.
“Zal. Kau hafaz
Al-Quran ke?”
“Urm. Baru satu juz”
“Hah? Betul weh?”
Faizal mengangguk.
‘Alamak malunya! Dia
yang baru khatam tahun lepas pun dah boleh hafaz satu juz! Aku?! Jangankan satu.
Telur ayam’ Azim bermonolog.
“Cantik kan malam
ni. Rasa-rasanya kalau kita boleh berada dekat langit, macam manalah rasanya
ya?”
Sememangnya menjadi
kegemaran Faizal untuk menatap langit di waktu malam. Faizal masih lengkap
berbaju Melayu, berkopiah dan memakai kain sarung. Lalu, dia berjalan ke
balkoni biliknya.
“Zal. Kau ok tak?”.
Azim memegang bahu Faizal.
Kelihatan mata
Faizal berkaca.
“Kalau kau nak
lepaskan, lepaskan jelah. Tak payah simpan-simpan”
“Dulu, kalau aku
sedih, tak ada kawan yang akan pegang bahu aku dan kata kau ok tak? Tapi sekarang
kawan tu ada depan mata aku”
“Ala rileklah bro. Berat
apa yang kau lalui sekarang. Tapi, Ustaz Mansor cakap Allah akan uji orang yang
dia sayang! Jadi, kau tak boleh putus asa”
Faizal seraya
tersenyum meskipun air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi.
“Mendengarkan itu
pun sudah cukup bagi aku Zim. Insyaallah. Allah tidak akan membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Aku bermohon setiap hari agar aku tidak
dipesongkan dari jalan yang benar. Dan aku bermohon agar Dia memberikan aku
kekuatan. Allah telah memakbulkan doa aku tu. Dia telah memberikan aku satu
kekuatan selain dari Mama aku”
“Apa dia kekuatan
kau tu? Hah! Kekuatan hati ke?”
“Kekuatan tu adalah
kau”. Faizal lantas meletakkan tangannya di bahu Azim.
“Aku?!”
“Ya. Kau. Orang yang
selalu ambil berat pasal aku. Meskipun mulut kau pedas berbisa. Pedas-pedas
pun, nasihat kau berguna. Marah-marah kau pun. Semua tu untuk kebaikan aku. Betul
kan?”
“Ek eleh. Banyak perasanlah
kau!”. Azim dan Faizal serentak ketawa.
“Zim. Sekarang sekolah
macam mana? Apa yang aku dah ketinggalan?”
“Banyak doh. Salah
satunya, tak lama lagi, kau kena pergi kem pengawas!”
“Hah?”
Faizal dan Azim.
Dua insan yang cukup berbeza latar belakang dan personaliti. Azim hanyalah anak
seorang peniaga air tebu, datang dari keluarga sederhana. Seorang yang pintar,
berpewatakan keras dan lantang bersuara. Azim sememangnya genius. Markah peperiksaannya
gred ‘A’ sahaja. Tetapi, jangan sesekali mencabar Azim. Dia dengan mudahnya
akan naik darah dan menyingsing lengan. Luarannya garang bukanlah bererti dia
tidak peduli pada orang-orang di sekitarnya. Azim sebenarnya sangat mengambil
berat terutama kepada keluarganya. Dia lebih suka mengalah kepada adik-adiknya
yang lain.
Manakala Faizal datang
dari keluarga yang kaya raya. Seorang yang suka mendalami agama, lembut hati
dan suka memendam perasaan. Berbeza dengan Azim, Faizal sering dipanggil ‘lembab
kura-kura’ atau ‘bengap tahap keling’ atau ‘Cinderella kuat nangis’ oleh Azim.
Acapkali Faizal akan menerima ‘syarahan agama’ oleh Azim. Tetapi, Faizal
mempunyai semangat dan ketabahan yang luar biasa. Itulah yang membuat Azim
kagum kepada sahabatnya itu. Dia gigih untuk belajar dan tidak takut untuk
bertanya. Faizal juga lebih suka bercakap dengan nada perlahan dan sopan. Sikap
penyayangnya cukup jelas terlihat. Namun, Faizal sebenarnya degil!
Kelihatan keduanya
sangat berbeza.
Tetapi, mereka
mampu mendengar keluhan hati masing-masing. Walaupun hakikatnya, persahabatan
mereka masih baru. Asalkan berjumpa. Sejuta cerita dikeluarkan.
Masing-masing tidak
sedar… Persahabatan ini akan memberikan kesan yang mendalam dalam hati Azim
mahupun Faizal.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment